Friday, 28 March 2014

Kehilanganmu suatu misteri..


~       Lama aku x update apa2 entry kat sini..ya kebelakangan nie aku mcm malas ckit nk buat entry..kang tulis yg mengarut2,org kata aku tak betul plak..ok berbalik pada tajuk utama, kehilangan yg aku maksudkn tak lain dan tak bukan mmg mengenai pesawat MAS MH370 yg dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014. Pesawat tersebut yg berlepas pd pukul 12.30 pagi dikatakan mengalami masalah komunikasi (I guess) yg menyebabkan ianya hilang secara tiba2 dan seterusnya lokasi pesawat tersebut tidak dapat dikesan oleh menara kawalan Subang pada jam 2.40pagi.

~       Rasanya bukan aku seorang shj yg berpikir betapa misterinya kehilangan pesawat tersebut..rasanya ramai lg golongan yg sependapat dengan aku bahawa ianya mmg misteri..kalau x, masa kn kwn2 aku sibuk update status di FB ckp x dpt tido pikir mengenai misteri pesawat tue..n bff aku tetiba msg kat wechat kul 2.30pagi (dia mmg tau aku jenis burung hantu punya org) share tentang kebimbangannya mengenai MH370.. nmpk keprihatinan kwn2 aku di situ..






~      Tapi yg aku sangatttttt...sangattttt..sangatttttt..(byk sgt di situ) menyampah bila shj ada isu seperti ini yg melibatkan negara kita dan juga negara luar, mula la jari jemari si penyiasat/tukang pemberita x berbayar buat pelbagai andaian mahupun spekulasi yg mana info itu belum tentu sahih 100%..!! Yessss aku sgt pantang ngan org2 atau individu sebegini yg lancang bermadah sambil jari jemarinya menari di atas papan keyboard..!! Sudahnya timbul la pelbagai keraguan dan tidak kurang juga khabar angin yg laju bertiup mengalahkan tiupan angin taufan..!! Tidakkah org2 sebegini terpikir bahawa masih ada mata yg penuh pengharapan menanti kepulangan yg tersyg dengan selamat terbaca sendiri atau pun dikongsikan oleh saudara mara dan rakan2 mereka mengenai maklumat x berasas nie..?? Ok dari sudut pdgn aku, x salah sekiranya anda atau sesiapa shj utk mempunyai andaian tersendiri..BUT!!!.. biar la ianya hanya utk perbincangan atau pertukaran pendapat sesama sendiri tanpa perlu didedahkan secara umum..silap fakta/maklumat blh kena SUE tau..!!!(Kalo nk cari penyakit sgt,sila kn..)

~       Akhirny segala misteri kehilangan pesawat MH370 terjawab jugak apabila PM kita Dato Seri Najib Razak mengumumkan lokasi terakhir pesawat itu adalah di selatan lautan hindi dan BERAKHIR di situ.
Apapun aku dengan setulus hati mengucapkan takziah kpd keluarga mangsa MH370. Walaupun tidak yakin bahawa ada mangsa yg masih hidup, tapi kekuasaan Allah S.W.T mengatasi segalanya..~


P/S: Tiada yg mustahil bagi Nya..(kun faya kun)