~Segala rasa yang tidak terluah dalam realiti,akan aku luahkan dalam dunia maya ini..dunia yang penuh misteri..~
Friday, 28 March 2014
Kehilanganmu suatu misteri..
~ Lama aku x update apa2 entry kat sini..ya kebelakangan nie aku mcm malas ckit nk buat entry..kang tulis yg mengarut2,org kata aku tak betul plak..ok berbalik pada tajuk utama, kehilangan yg aku maksudkn tak lain dan tak bukan mmg mengenai pesawat MAS MH370 yg dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014. Pesawat tersebut yg berlepas pd pukul 12.30 pagi dikatakan mengalami masalah komunikasi (I guess) yg menyebabkan ianya hilang secara tiba2 dan seterusnya lokasi pesawat tersebut tidak dapat dikesan oleh menara kawalan Subang pada jam 2.40pagi.
~ Rasanya bukan aku seorang shj yg berpikir betapa misterinya kehilangan pesawat tersebut..rasanya ramai lg golongan yg sependapat dengan aku bahawa ianya mmg misteri..kalau x, masa kn kwn2 aku sibuk update status di FB ckp x dpt tido pikir mengenai misteri pesawat tue..n bff aku tetiba msg kat wechat kul 2.30pagi (dia mmg tau aku jenis burung hantu punya org) share tentang kebimbangannya mengenai MH370.. nmpk keprihatinan kwn2 aku di situ..
~ Tapi yg aku sangatttttt...sangattttt..sangatttttt..(byk sgt di situ) menyampah bila shj ada isu seperti ini yg melibatkan negara kita dan juga negara luar, mula la jari jemari si penyiasat/tukang pemberita x berbayar buat pelbagai andaian mahupun spekulasi yg mana info itu belum tentu sahih 100%..!! Yessss aku sgt pantang ngan org2 atau individu sebegini yg lancang bermadah sambil jari jemarinya menari di atas papan keyboard..!! Sudahnya timbul la pelbagai keraguan dan tidak kurang juga khabar angin yg laju bertiup mengalahkan tiupan angin taufan..!! Tidakkah org2 sebegini terpikir bahawa masih ada mata yg penuh pengharapan menanti kepulangan yg tersyg dengan selamat terbaca sendiri atau pun dikongsikan oleh saudara mara dan rakan2 mereka mengenai maklumat x berasas nie..?? Ok dari sudut pdgn aku, x salah sekiranya anda atau sesiapa shj utk mempunyai andaian tersendiri..BUT!!!.. biar la ianya hanya utk perbincangan atau pertukaran pendapat sesama sendiri tanpa perlu didedahkan secara umum..silap fakta/maklumat blh kena SUE tau..!!!(Kalo nk cari penyakit sgt,sila kn..)
~ Akhirny segala misteri kehilangan pesawat MH370 terjawab jugak apabila PM kita Dato Seri Najib Razak mengumumkan lokasi terakhir pesawat itu adalah di selatan lautan hindi dan BERAKHIR di situ.
Apapun aku dengan setulus hati mengucapkan takziah kpd keluarga mangsa MH370. Walaupun tidak yakin bahawa ada mangsa yg masih hidup, tapi kekuasaan Allah S.W.T mengatasi segalanya..~
P/S: Tiada yg mustahil bagi Nya..(kun faya kun)
Wednesday, 19 February 2014
Sang Ratu buat si dia..
~ Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua..lama aku x tulis entry and buat 'serbuan' ke atas blog nie..aku agak bz 2 3 minggu nie..nie pun sebab aku dah terlalu rindu nk tulis entry..kena plak tarikh 2 hari lepas 15 Februari..bukan 14 tau..!!Aku pun tau tarikh tue..yelah tue kn hari kekasih..(kekasih la sangattt!!) Ok aku tak nak citer psl 14 Feb tue. Berbalik pada tarikh 15 Februari, hari tue merupakan hari terlahirnya seorang SANG RATU..yesss ratu buat aku adik beradik dan ratu buat si dia A.K.A my beloved Abah..
~Noorkaseh..itulah nama sang ratu kami semua..seindah alunan lagu Nurkasih nyanyian In-team, seindah itulah sifat yang ada pada mama aku buat kami anak2nya serta abah aku,suaminya yg tercinta. Abah aku la orang yg terawal wish besday..of coz la..kn tue suami kesayangan..hehehe..!! Kami adik beradik suruh bg ucapan istimewa sempena hari istimewa mama aku..abah aku punya ayat cukup simple but very deep meaning..abah aku ckp camni ja kat mama aku "ani(pggln manja) walaupun muka dan rambut abg sudah berubah dari hitam ke putih,dari halus mulus kepada berkedut,tapi hati tetap sama..tidak tua dan berkedut..dari awal sampai akhir cuma ani saja RATU yg pegang takhta.." fuhhhh terussss senyum mama aku sampai ke telinga...!! Kami anak2 nie pn senyum2 nie kn plak tuan punya badan kn..hahaha...sooo sweetttt..!!! InsyaAllah ada jodoh, aku mengimpikan seseorang seperti abah aku untuk temankan aku sepanjang hayat..Amin..(sendu jap dalam hati) ok dah cukup..!! Pakai baju merah pas2 set date and candle light dinner pun belum tentu jamin dia akan ckp "aku terima nikahnya.."betul tak ladies??Hehehe..
~Ok sambung cikit, tapi kami x celebrate lg..nk tunggu adik laki aku yg masuk PLKN tu cuti 22-24 Feb nie sbb 24 tue plak turn besday dia..so nk sambut sekali la senang..hehehe..lagu kat bawah nie aku tujukan khas untuk mama aku sempena namanya Noorkaseh binti Haji Sikam..mmmuaahhhh...love u mummy!!
P/S: Ramai org yg aku kenal lahir bulan Feb nie termasuk si dia.. (^_^)
Saturday, 1 February 2014
Sepetang Bersama@Pantai Tg.Aru
~Hi all..!!Cehhh..mood ceria2 gitu..hehehe..sempena Tahun Baru Cina nie aku nak ambik kesempatan untuk ucapkan pada kawan2 aku yg berbangsa cina tu "Happy Chinese New Year"..semoga tahun nie dimulakan dengan sesuatu yang baik ya.. (^_^)
~Memandangkan hari nie public holiday,so kami sekeluarga ambik la masa cikit untuk bersiar2 di bandar KK. Bermula dengan makan kat salah satu restoran yg mmg terkenal dengan "pisang goreng".Aku lupa plak mau snap pic restoran nie.Kalau tak, mmg korang akan dapat tengok betapa famousnya pisang goreng di restoran nie sampai orang ramai sanggup berbaris tunggu turn nk merasa kerangupannya..kami 5 beranak yg duk sana pun order sampai RM6..!!Mula2 tu saja order RM2..sambil berbual2 tue,satu2 tangan sibuk mengambik pisang sampai la x sedar pisang tue abis..abah aku pun apa lg terus order rm4!!Terdiam jugak la..hahaha..tp nasib baik abis!(x baik membazir)
~Pas dah abis tue,kteorang gerak la nak p tempat lain pulak..aku terus suggest p Tg.Aru.Semua pun setuju sebab agak lama jugak tak pergi tempat tue sama2..bila sampai ja tempat tue, mak aihhh..ramai gila orang..!!Seumur hidup aku pegi situ,rasanya tue 1st time aku tengok ramai umat manusia berkunjung di situ.
Memandangkan semua tidak la lapar mana..so kteorang just minum2 & makan kacang ja sambil2 tengok pantai & gelagat manusia..dan aku sakit hatiiii sebab time nie la battery fon low..nk snap pic orang yg ramai2 tue tp x berkesempatan..yg sempat snap pn ada tapiii cikittt jaaaa..tu pun memory card pulak prob..adoii.. malang nasib aku..nie saja yg dapat aku share bersama.
![]() |
| My king & queen |
![]() |
| Its me.. |
~Pic adik kembar aku x dapat nak share gara2 memory card ada prob..abis semua pic dalam tue x dapat detect..adoiii serious aku kecewa..hilang terus mood happy2 aku..sempat lagi aku tanya(ganggu) besties aku kat wechat..kot2 dorang tau..tapi hampeh..dorang pun x tau..sedeyyyy..emm rasanya tue ja kot aku mampu ckp..k bye..
p/s:Serious aku sedih..pinjam bahu boleh??
Wednesday, 29 January 2014
Vlogger-Cara Terbaru Sampaikan Mesej??
Assalamualaikum..pe khabar?Aku harap korang semua sihat.Ok entry aku kali nie pasal "vlogger".Bagi korang yang(
Aku lihat perkara ini sudah menjadi satu trend di kalangan masyarakat khususnya orang muda dengan menjadikan youtube dan facebook sebagai medan pementasan yang paling pantas.Ada di antara mereka yang mempunyai cara dan idea tersendiri untuk menarik pengunjung ke laman video mereka. Namun dilihat ada juga yang melakukan sekadar 'saja-saja' untuk menarik perhatian. Sebagai contoh vlogger Mat Luthfi90(siapa yang tak kenal dia) famous kot! Siap dapat award lagiii..! Dan pendatang baru, Shazreen Fazlynda, mereka sentiasa mempunyai idea kreatif untuk dikongsi bersama pengunjung setia mereka. Setiap video yang dipaparkan mempunyai pelbagai unsur menarik sehingga kita rasa nak tengok dan tengok lagi.
Kalau korang tengok koleksi video mereka, korang akan kagum dengan daya pemikiran orang muda seperti mereka.Ya serious aku yang muda nie pun kagum. Kini mesej bukan hanya disampaikan melalui pena tulisan mahupun 'keyboard' tapi juga melalui perbuatan+suara. Lepas nie jangan heran kalau bilangan vlogger makin bertambah bak cendawan yang tumbuh lepas hujan..yaaaa3..aku tau peribahasa nie dah lapuk/selalu pakai.Tapi aku tetap nak guna jugak...!!Hehehe...Okay la kat bawah nie aku ada sediakan video yang aku C&P saja dari laman youtube.
Harap you guys enjoy watching this video..see again next time..bye!
Perkara yang selalu pencari kerja pandang remeh
(Mat Luthfi90)
Hentikan penderaan kanak-kanak
(Shazreen Fazlynda)
Monday, 27 January 2014
AJL 28
Anugerah Juara Lagu 28(AJL) baru saja melabuhkan tirai. Dan penghujungnya memang sudah boleh dijangka. Aku tak sempat tengok dari mula tapi aku tau jugak la cikit2. Emm rasanya AJL makin lama makin hilang seri. Yaaaa..seriously bagi aku dah takda feel nak tengok. Kalau dulu, aku adalah antara orang yang tak mahu lepaskan peluang tercongok depan TV bila final AJL. Sanggup kot aku kena 'cuci telinga' dengan abah semata2 mau tengok AJL.Yalah final AJL kan selalu buat hari ahad. Dah tue esok mau sekolah masih juga tak berganjak dari TV. Tunggu bunyi tali pinggang dulu baru cepat2 masuk bilik tido. Tapi aku pandai jugak menyusup kuar..curi2 sembunyi kat bawah meja makan..hahaha..!!Memang heaven bila ingat zaman kenakalan aku.Time tue aku suka sangat dengan konsep AJL.Ingat tak dulu AJL ada buat 3 kategori??Korang ingat tak..?? Alaaa yang ada balada,pop rock n etnik kreatif tue! Okay dah ingat kan. Sapa lahir time waktu 80-90an mesti ingat. Actually aku lebih suka dorang buat cam2..serious!!Sebab dengan konsep macam tue la yang buat kita teringat2 keasyikan alunan Siti Nurhaliza nyanyi lagu Nirmala,Balqis n Cindai. Noraniza Idris pun apa kurangnya. Dulu kalau dapat masuk final AJL ,hah siap sedia la kau tengok satu pentas tue penuh dengan pelbagai tarian n kebudayaan bila turn dia menyanyi di pentas.Tapi benda2 sebegitulah yang sebenarnya buat aku tertunggu2 n excited! Tapi kalau AJL sekarang nie, adoiii..memamg kurang feel. Bukan la aku mau cakap konsep sekarang nie tak best..,cuma entah apa yang 'missing' dalam AJL pun aku kurang sure. Tapi pape pun aku paham jugak kalau pihak AJL hanya mengikuti peredaran masa sesuai dengan kehendak dan citarasa masyarakat. Mungkin dorang inginkan pembaharuan. Mungkin juga la aku nie antara golongan yang still 'bertapak' di satu tempat yang lama sedangkan semua orang dah bergerak ke tapak lain. Baru2 nie aku bukak youtube n aku search lagu2 tradisional/etnik kreatif yang live(x main la yang record). N guess what..?? Aku baca komen half of tukang komen dalam tue mengatakan dorang miss sangat2 lagu jenis berentak camni. Ternyata aku tidak keseorangan..see??(post angkat kening) hahahaha..!! Tapi takpa la..maybe akan datang, aku berharap AJL akan cuba memperbaharui konsep mereka lagi. Yalah orang pun bosan kalau konsepnya sama saja. "Its like you playing 1 song and you keep repeating it again and again.Maybe more than 10 times!!" Fuhhhh..x sanggup aku..erkkk dah hampir 3.30 pagi rupanya..syok ja aku melalut.Haha..ok la bye kawan2..adik along nak tido..(adik la sangattt) hehehe..
p/s: Nie la gaya orang excited ada blog..haha
Sunday, 26 January 2014
TaNam AnGguR..??
~Assalamualaikum W.B.T para pembaca sekalian....ehhh ada ke pembaca?Hehehe..entah napa mata aku kali nie lambat benar tido nya.Tak cam selalu tido awal sikit.(awal la sangat kalau dah 2.30pagi). Ya entry aku kali nie mengenai tanam anggur.Yang petani tanam anggur tu ke?Eh petani plak,peladang la along..kau ni ade plak petani..!Nampak sgt lemah BM.Haha..well takde la lemah sampai tahap tak masuk dalam sijil SPM kan..kalau dah tahap yg tue, serius aku p Indon stay sana!Hahaha...okay serious balik!~
~Situasi biasa yg memang sering terjadi pada graduan baru ialah tanam anggur atau pun istilah famous "penganggur".Yaaa serious..!!Jarang kau melangkah keluar dr pintu pagar U/Kolej/Institusi lain yg sewaktu dengannya akan terus dapat kerja. Unless memang ada tawaran kerja yang kau confirm dapat. Banyak2 conversations dengan orang,aku paling malas mau jawab bila di tanya,"kau kerja suda?" "awak watpe tu?Dah dpt kerja ke?" "belum ada panggilan lagi ka?" Adoiii...stressss!!Bkn apa, aku dah berusaha mencari, tapi nak buat camna..belum ada rezeki lg..(mengeluh jap) ehhh..cepat2 aku sedar diri!Astagfirullah-al-azim..jangan jadi HambaNya yg tau merungut.~
~Tiba2 dalam kepala otak aku ingat c penyanyi cilik bernama Tegar.Alaaa yang dulu jadi pengamen tue.. tengok sekarang dia jadi penyanyi famous kottt!!Sekelip mata je aku atau pun kamu semua kenal dia.Walhal masa dia jadi pengamen,seorang pun tak pandang dia.Then aku terbaca kisah camna dia boleh jadi famous dengan lagu yang selalu menjadi siulan di mulut orang2 sekeliling,"Aku yang dulu bukan lah yang sekarang" sampai2 aku mahu sumbat kapas dalam telinga sebab mak aku suka sangat lagu tu!Dan daripada situ buat aku berpikir sejenak..konteksnya sama iaitu "REZEKI".Cuma mungkin rezeki dia datang melalui cara begitu..and who knows rezeki aku datang dengan cara yg macam mana,aku sendiri pun susah mahu agak.~
~Antara faktor aku selalu tido lewat pun,sebab hal yang satu nie la.Terlalu memikirkan hal kerja.Ingat anak lelaki ja yang ada tanggungjawab??Well helloooo..anak perempuan pun ada ok!Cuma mungkin anak lelaki lebih sikit la..tapi camna pulak dengan anak perempuan sulung?Aku rasa sama je kot..serious banyak2 benda aku minta,aku nak/mengharap/teringin sangat dapat beri bakti kepada orang tua aku..yalah kadang aku jeles bila tengok orang lain kerja pas2 dapat tunaikan keinginan orang tua.Satu hari nanti aku mesti akan dapat buat semua tue..trust yourself along!~
~Fuyoooo sudah pukul 5pagi lebih geng..lagi 50 minit mau naik matahari.(waktu sabah awal sejam ya)Aku mesti tido..!Anyway tue ja yang aku nak share..sebenarnya takda apa pun..cuma sekadar meluahkan perasaan..chewahhh!(jiwang pulak kau) sorry la kalau entry dalam blog aku nie tak menarik minat ya..bye!
p/s: Alang2 terjaga, solat subuh la terus..hehe
Friday, 24 January 2014
Lelaki pertama..
Yes..1st man for me..bagi aku lelaki pertama sangat istimewa..dia antara yang paling penting dalam hidup aku..sebab apa??Sebab 'dia' lelaki pertama yang pegang tangan aku..lelaki pertama yang belai aku..lelaki pertama yang menangis gembira kerana mendapat aku dalam hidupnya..
Dia juga lelaki pertama yang akan melindungi aku dari segala bahaya..dia sanggup bersusah asalkan aku gembira mendapat apa yang aku mahu..hancur kehidupan aku jika tiada dia 'lelaki pertama'..Entry aku hari ni aku dedikasikan khas untuk dia..
Waktu aku bangun pagi tadi,aku terus raba2 handphone di katil walaupun mata masih sukar untuk terbuka..aku gagahkan juga mata ku dan jari untuk segera menaip mesej.."Happy Birthday to u Abah" disamping ucapan2 wajib yang lain..hajat di hati ingin bangun awal jadi yang 'pertama' wish..namun terlajak tido membuatkan aku hanya wish melalui mesej..(nak call x cukup kdit)hehehe..takpa nanti 'lelaki pertama' balik kerja,aku akan sambut di pintu sambil cium pipi dia dan bagi layanan istimewa selayaknya sang raja di singgahsana..
![]() |
| Tangan lelaki pertama yang aku pegang |
To the most special man in the world, I love you so much..thanks my "first man" Mazlan bin Ngah for being the greatest father for your children..may Allah always bless and caring for you..thank you Allah for the gift we got..we will take a good care with this gift..
P/s: Walaupun entry nie tak penuh 1 muka,tapi perasaan sayang yang ada nie lebih daripada 1 muka.
Bermulanya disini..
Emm..1st of all,aku speechless..aku tak tau nk mengarut apa untuk entry 1st aku..maybe sbb aku baru mahu b'jinak2 dengan dunia blogging so jd macam "katak bawah tempurung" la sekejap..eh betul ke pepatah tu dengan apa yg aku rasa sekarang..??Entah la..eh anyway "Assalamualaikum w.b.t" dan "selamat datang"pada yg baca entry nie..(lupa nk sebut kat atas)hehehe..emm rasanya aku memang betul2 blur la sekarang..kalo ada benda yg aku rasa memang patut tulis,nanti aku update ok..bye..! (^_^)
P/s:Saya budak baru belajar..hehehe..
P/s:Saya budak baru belajar..hehehe..
Subscribe to:
Comments (Atom)



