Monday, 27 January 2014

AJL 28


       Anugerah Juara Lagu 28(AJL) baru saja melabuhkan tirai. Dan penghujungnya memang sudah boleh dijangka. Aku tak sempat tengok dari mula tapi aku tau jugak la cikit2. Emm rasanya AJL makin lama makin hilang seri. Yaaaa..seriously bagi aku dah takda feel nak tengok. Kalau dulu, aku adalah antara orang yang tak mahu lepaskan peluang tercongok depan TV bila final AJL. Sanggup kot aku kena 'cuci telinga' dengan abah semata2 mau tengok AJL.Yalah final AJL kan selalu buat hari ahad. Dah tue esok mau sekolah masih juga tak berganjak dari TV. Tunggu bunyi tali pinggang dulu baru cepat2 masuk bilik tido. Tapi aku pandai jugak menyusup kuar..curi2 sembunyi kat bawah meja makan..hahaha..!!Memang heaven bila ingat zaman kenakalan aku.Time tue aku suka sangat dengan konsep AJL.Ingat tak dulu AJL ada buat 3 kategori??Korang ingat tak..?? Alaaa yang ada balada,pop rock n etnik kreatif tue! Okay dah ingat kan. Sapa lahir time waktu 80-90an mesti ingat. Actually aku lebih suka dorang buat cam2..serious!!Sebab dengan konsep macam tue la yang buat kita teringat2 keasyikan alunan Siti Nurhaliza nyanyi lagu Nirmala,Balqis n Cindai. Noraniza Idris pun apa kurangnya. Dulu kalau dapat masuk final AJL ,hah siap sedia la kau tengok satu pentas tue penuh dengan pelbagai tarian n kebudayaan bila turn dia menyanyi di pentas.Tapi benda2 sebegitulah yang sebenarnya buat aku tertunggu2 n excited! Tapi kalau AJL sekarang nie, adoiii..memamg kurang feel. Bukan la aku mau cakap konsep sekarang nie tak best..,cuma entah apa yang 'missing' dalam AJL pun aku kurang sure. Tapi pape pun aku paham jugak kalau pihak AJL hanya mengikuti peredaran masa sesuai dengan kehendak dan citarasa masyarakat. Mungkin dorang inginkan pembaharuan. Mungkin juga la aku nie antara golongan yang still 'bertapak' di satu tempat yang lama sedangkan semua orang dah bergerak ke tapak lain. Baru2 nie aku bukak youtube n aku search lagu2 tradisional/etnik kreatif yang live(x main la yang record). N guess what..?? Aku baca komen half of tukang komen dalam tue mengatakan dorang miss sangat2 lagu jenis berentak camni. Ternyata aku tidak keseorangan..see??(post angkat kening) hahahaha..!! Tapi takpa la..maybe akan datang, aku berharap AJL akan cuba memperbaharui konsep mereka lagi. Yalah orang pun bosan kalau konsepnya sama saja. "Its like you playing 1 song and you keep repeating it again and again.Maybe more than 10 times!!" Fuhhhh..x sanggup aku..erkkk dah hampir 3.30 pagi rupanya..syok ja aku melalut.Haha..ok la bye kawan2..adik along nak tido..(adik la sangattt) hehehe..


p/s: Nie la gaya orang excited ada blog..haha


No comments:

Post a Comment