Assalamualaikum..pe khabar?Aku harap korang semua sihat.Ok entry aku kali nie pasal "vlogger".Bagi korang yang(
Aku lihat perkara ini sudah menjadi satu trend di kalangan masyarakat khususnya orang muda dengan menjadikan youtube dan facebook sebagai medan pementasan yang paling pantas.Ada di antara mereka yang mempunyai cara dan idea tersendiri untuk menarik pengunjung ke laman video mereka. Namun dilihat ada juga yang melakukan sekadar 'saja-saja' untuk menarik perhatian. Sebagai contoh vlogger Mat Luthfi90(siapa yang tak kenal dia) famous kot! Siap dapat award lagiii..! Dan pendatang baru, Shazreen Fazlynda, mereka sentiasa mempunyai idea kreatif untuk dikongsi bersama pengunjung setia mereka. Setiap video yang dipaparkan mempunyai pelbagai unsur menarik sehingga kita rasa nak tengok dan tengok lagi.
Kalau korang tengok koleksi video mereka, korang akan kagum dengan daya pemikiran orang muda seperti mereka.Ya serious aku yang muda nie pun kagum. Kini mesej bukan hanya disampaikan melalui pena tulisan mahupun 'keyboard' tapi juga melalui perbuatan+suara. Lepas nie jangan heran kalau bilangan vlogger makin bertambah bak cendawan yang tumbuh lepas hujan..yaaaa3..aku tau peribahasa nie dah lapuk/selalu pakai.Tapi aku tetap nak guna jugak...!!Hehehe...Okay la kat bawah nie aku ada sediakan video yang aku C&P saja dari laman youtube.
Harap you guys enjoy watching this video..see again next time..bye!
Perkara yang selalu pencari kerja pandang remeh
(Mat Luthfi90)
Hentikan penderaan kanak-kanak
(Shazreen Fazlynda)
